Kenal pasti penjawat awam rosakkan nama baik jabatan - PM

Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei di Dewan Sri Endon Puspanitapuri pada Isnin. Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei di Dewan Sri Endon Puspanitapuri pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua jabatan diarahkan untuk mengenal pasti pegawai dan kakitangan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka yang didapati malas, cuai dan tidak hadir kerja, tidak boleh menerima layanan yang sama, termasuk mendapat kenaikan gaji.

“Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90 peratus guru menjalankan tanggungjawab, (namun) ada guru yang cuai, ada yang kadang-kadang tak hadir.

"Begitu juga masalah di jabatan, ada golongan kecil rasuah, tidak datang kerja dan pelbagai masalah.

"Kita tidak akan beri layanan yang sama, jadi sementara kita berikan satu anjakan radikal dari segi pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri jabatan, kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Warga Jabatan Perdana Menteri hadir mendengar amanat daripada Perdana Menteri di Dewan Sri Endon Puspanitapuri pada Isnin. Foto Bernama
Warga Jabatan Perdana Menteri hadir mendengar amanat daripada Perdana Menteri di Dewan Sri Endon Puspanitapuri pada Isnin. Foto Bernama

Pada Ahad, Anwar berkata, kerajaan bakal memperkenalkan kaedah yang melihat kepada prestasi kerja serta kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji.

Langkah itu bagi memastikan kenaikan gaji tidak berlaku secara automatik sepenuhnya, berikutan pelaksanaan kenaikan gaji yang lazim mengikut tahun perkhidmatan ada ketikanya turut membabitkan penjawat awam bermasalah.

Artikel Berkaitan:

Pada sambutan Hari Pekerja lepas, Anwar mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara mulai 1 Disember depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!