KPM fokus pastikan semua sekolah guna sistem satu sesi - Fadhlina

Fadhlina dan Leong Yap ketika merasmikan Tapak Projek Hab Pendidikan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria, di sini pada Sabtu.
Fadhlina dan Leong Yap ketika merasmikan Tapak Projek Hab Pendidikan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria, di sini pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat menjadikan semua sekolah di seluruh negara mempunyai sistem satu sesi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tumpuan kini diberikan ke arah itu dalam memastikan usaha berkenaan terlaksana.

Bagaimanapun katanya, aspek sekolah padat dan tidak mencukupi khususnya di Selangor ‘membelenggu’ usaha untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi itu.

“Kita (KPM) sebenarnya memberi tumpuan untuk memastikan semua sekolah yang ketika ini mempunyai dua sesi menjadi satu sesi (pada masa akan datang).

“Jadi, ia memerlukan banyak perancangan dan penglibatan daripada pihak bagi memastikan isu-isu ini selesai dengan baik,” katanya ketika berucap merasmikan Tapak Projek Hab Pendidikan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Ter Leong Yap dan tetamu kenamaan lain.

Sementara itu, menyentuh lebih lanjut mengenai permasalahan sekolah padat, Fadhlina berkata keadaan tersebut berlaku di lokasi bandar-bandar berpendudukan tinggi yang mengalami pengembangan kawasan.

Ujarnya, kawasan kejiranan berkembang dengan pesat dan mendadak, menyebabkan keperluan untuk anak-anak bersekolah meningkat secara drastik, sedangkan keadaan semasa sekolah tidak mampu menampung kemasukan murid-murid baharu.

Artikel Berkaitan:

“Dalam masa yang sama, pembinaan bangunan blok baharu di sekolah sedia ada ataupun pembangunan sekolah baharu akan mengambil masa yang lama disebabkan pelbagai proses dan prosedur yang perlu dipatuhi sesuai dengan garis panduan sedia ada,” katanya.

Tambah Fadhlina, akses pendidikan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama juga merupakan aspek terpenting dalam membina bangsa pada mas akan datang.

“Menjadi hasrat bersama untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna tanpa mengira kaum dan latar belakang budaya, tidak kira di bandar mahupun di pedalaman bagi memastikan tiada siapa yang tercicir,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!