'Bimbang jalan boleh runtuh bila-bila masa'

Tebing Sungai Melantai yang runtuh akibat hujan lebat mengakibatkan jalan utama ke Kampung Bentong di Kluang mengalami hakisan sekali gus membahayakan nyawa orang ramai.
Tebing Sungai Melantai yang runtuh akibat hujan lebat mengakibatkan jalan utama ke Kampung Bentong di Kluang mengalami hakisan sekali gus membahayakan nyawa orang ramai.
A
A
A

KLUANG - Lebih 10,000 penduduk Kampung Bentong di sini dan kawasan sekitarnya merayu kerajaan membaiki tebing Sungai Melantai di jalan utama kampung tersebut yang runtuh pada 15 Mei lalu.

Ketua Kampung Bentong, Tumin Tukicho berkata, tebing sungai tersebut runtuh akibat hujan lebat dan sudah menghakis tebing jalan selain serta tanahnya pula sudah masuk ke dalam sungai.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) tersebut bimbang keadaan akan bertambah buruk kerana berisiko runtuh lagi sekiranya hujan lebat selepas ini.

"Sekarang musim hujan, kami risau berlaku kejadian tidak diingini semasa orang ramai menggunakan jalan berkenaan. Jalan itu boleh runtuh lagi pada bila-bila masa sekiranya hujan lebat selepas ini dan berpotensi dihakis arus sungai yang deras.

"Laluan ini merupakan jalan utama terutama untuk 3,000 penduduk Kampung Bentong selain digunakan penduduk dari kampung berdekatan," katanya ketika dihubungi.

Penduduk melihat keadaan Jalan utama di Kampung Bentong, Kluang yang terhakis selepas tebing Sungai Melantai terhakis dan runtuh pada 15 Mei lalu.
Penduduk melihat keadaan Jalan utama di Kampung Bentong, Kluang yang terhakis selepas tebing Sungai Melantai terhakis dan runtuh pada 15 Mei lalu.

Beliau berkata, jalan tersebut amat penting dan menjadi penghubung penduduk terbabit sama ada ke bandar mahupun ke kawasan sekitarnya.

Jelas Tumin, ini termasuk digunakan pelajar berulang alik ke sekolah rendah dan menengah setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, kerja-kerja membaiki tebing sungai tersebut perlu dilaksanakan segera apatah lagi masih digunakan kenderaan berat ketika ini.

Pejabat Daerah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) katanya, perlu segera menyalurkan peruntukan supaya masalah tersebut diatasi bagi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

"Difahamkan kos mengukuhkan dan membaiki tebing sungai yang runtuh itu kira-kira RM200,000. Penduduk harap masalah ini tidak berlarutan terlalu lama kerana belum ada tanda-tanda untuk membaikinya," ujar beliau

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!