Polis siasat dakwaan guru mengaku Imam Mahdi

Dakwaan wanita berkenaan tular dalam grup akaun Facebook.
Dakwaan wanita berkenaan tular dalam grup akaun Facebook.
A
A
A

JERANTUT - Polis menyiasat mengenai dakwaan seorang guru wanita di sini yang mengaku sebagai Imam Mahdi menerusi hantaran di Facebook miliknya sebelum ia ditularkan seorang individu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 34 tahun itu bertugas di sebuah sekolah rendah di sini.

Menurutnya, guru terbabit sudah berkahwin dan pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak Disember tahun lepas.

"Suspek memiliki tiga cahaya mata dan tinggal berjauhan daripada suaminya yang bertugas di ibu kota.

Zukri
Zukri

"Suspek menghantar beberapa hantaran melibatkan pengakuan bahawa dirinya adalah Imam Mahdi," kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Ujar Zukri, suspek juga mengaku tiada sebarang rujukan atau belajar daripada mana-mana guru agama atau orang perseorangan dan hanya mengaku dirinya terpilih (terbuka hijab) untuk memiliki 'Ilmu ALLAH' dan diangkat darjatnya oleh ALLAH kerana beliau seorang yang jujur.

Jelas beliau, suspek masih menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan lanjut diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!