Umat Islam perlu jadi ejen perubahan

Dr Zabidi Azhar menyampaikan pembentangannya dalam program Roundtable Kajian Tentang Penyusuan Susu Ibu Berlandaskan al-Quran di sini semalam.
Dr Zabidi Azhar menyampaikan pembentangannya dalam program Roundtable Kajian Tentang Penyusuan Susu Ibu Berlandaskan al-Quran di sini semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di negara ini perlu memainkan peranan sebagai ejen keamanan bagi memastikan keharmonian antara kaum terus terpelihara seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation, Azlan Shah Nabees Khan berkata, Islam menganjurkan umatnya hidup aman bersama penganut agama lain.

“Kita tidak boleh menganggap bahawa di satu tempat atau negara mesti hanya orang Islam tinggal di situ dan bukan Islam perlu dihalau keluar atau tiada hak.

“Jadi, sebagai umat Islam dan percaya dengan suruhan Nabi Muhammad SAW, kita tidak boleh fikir untuk bawa manfaat kepada agama tertentu sahaja sebaliknya kepada semua etnik dan agama khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kempen Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni yang dicetuskan oleh Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub baru-baru ini.

Azlan Shah berkata, Sinar Harian mengambil langkah tepat kerana isu perkauman kini semakin serius di negara ini.

Azlan Shah
Azlan Shah

Jelas beliau, masyarakat majmuk di Malaysia sepatutnya bangga kerana hidup dalam suasana yang pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu di Madinah yang menunjukkan umat Islam aman damai bersama etnik dan kaum lain.

Artikel Berkaitan:

“Rasulullah SAW mengajar umat Islam menjaga kebajikan semua orang sama ada Muslim, bukan Muslim, orang tua, wanita, pemuda dan kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, masyarakat majmuk di Malaysia majoritinya tidak mempunyai sentimen perkauman atau prejudis sebaliknya perkara sebegitu dimomokkan oleh sebahagian golongan yang bermatlamat tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Surat buat Pencinta Negara

Elak syak wasangka antara kaum, kata penganalisis

Negara perlu pemimpin betul-betul faham Perlembagaan Persekutuan

Katanya, isu yang berkaitan dengan keagamaan dan bangsa sangat berkuasa dalam kancah politik.

“Perkara sebegitu sangat memberi kesan kepada masyarakat awam kerana ia boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Pro Naib Canselor (Akademik) International Medical University (IMU), Profesor Dr Zabidi Azhar Mohd Hussin berkata, umat Islam perlu mengubah pendekatan dalam perjuangan isu berkaitan perkauman.

Azlan Shah
Azlan Shah

Katanya, naratif umat Islam mengenai perkara itu perlu diperbetulkan semula kerana sudah kerap kali isu berkaitan keadilan dan ihsan yang diperjuangkan sering dikaitkan dengan ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

“Naratif itu tidak menjadi masalah kepada umat Islam tetapi apabila ia cuba diajukan kepada kaum lain mereka akan terasa ia adalah satu cubaan mengajak mereka menukar agama.

“Saya rasa kita perlu tahu siapa audiens kita dan apabila sebut naratif sebegini ia mungkin perlu diubah mengikut kesesuaian agar masyarakat bukan Islam tidak berasa terancam atau menganggap ia cubaan untuk menukar agama,” katanya.

Terdahulu kedua-dua tokoh berkenaan hadir pada program Roundtable Kajian Tentang Penyusuan Susu Ibu Berlandaskan al-Quran di sini pada Khamis lalu.

Seramai 50 peserta menyertai program anjuran RSG Medicare (Sahabah al-Quran) dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Program yang bermula sejak 2018 lagi merupakan platform kajian dengan berasaskan modul yang dikenali sebagai Heaven to Earth (HTE) menerusi kaedah QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur).