X

Kindly register in order to view this article
!

Elak syak wasangka antara kaum, kata penganalisis

Gambar hiasan - Foto (Gambar kecil:Dr Mohammad Shatar Sabran (kiri) dan Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad)
A
A

SHAH ALAM – Usaha memupuk keharmonian kaum dan agama adalah satu proses berterusan dan tidak harus diambil mudah.

Pakar sosiologi, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, mutakhir ini sikap syak wasangka antara kaum kian meningkat yang menurutnya disebabkan kurang pemahaman terhadap budaya lain.Justeru, katanya, masyarakat perlu memahami agama, budaya dan adat resam semua kaum dalam memastikan aspek perpaduan dapat dikecapi sehingga ke generasi akan datang.

“Ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan terhadap sesuatu kaum perlu diterapkan dalam setiap anggota masyarakat. Ini kerana masyarakat hari ini tidak mahu atau kurang peka tentang perkara itu dan kerana itu jarak hubungan antara kaum semakin renggang.

“Perlu ada ilmu pengetahuan mengenai semua kaum. Bila sudah ada ilmu, kita mudah memahami mereka, apa yang mereka suka, apa budaya mereka. Jadi mudah untuk kita menerima,” katanya yang merupakan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Residen Sekolah Pengajian Siswazah Othman Yeop Abdullah di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Profesor Madya Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pemimpin politik perlu menghentikan memainkan isu perkauman bagi memulihara kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

“Sebagai pemimpin yang dipilih rakyat, mereka sepatutnya amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin.

“Fokus kebajikan rakyat, bukan kepentingan diri sendiri yang akhirnya rakyat menjadi mangsa keadaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Erat hubungan semakin rapuh

Kembalikan Piala Muhibah: Sathianathan

Negara perlu pemimpin betul-betul faham Perlembagaan Persekutuan

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub menyarankan supaya rakyat berhenti bercakap mengenai isu politik berlebihan dan perkauman yang tidak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.

Menurut beliau, kesemua individu perlu menilai semula kehidupan masing-masing berbanding mengapi-apikan isu yang boleh memecahkan kaum.

Katanya, luahan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengenai isu perkauman dan agama itu benar dan tepat pada masanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus