Daerah Petaling rekod fakir, miskin tertinggi di Selangor

Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (kiri) dan diiringi Mohd Sabirin (kanan) menyampaikan penghargaan kepada wakil Bank Rakyat (tengah) ketika Majlis GRASIAZ di Dewan Orkid PKPS pada Selasa.
Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (kiri) dan diiringi Mohd Sabirin (kanan) menyampaikan penghargaan kepada wakil Bank Rakyat (tengah) ketika Majlis GRASIAZ di Dewan Orkid PKPS pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 12,095 asnaf fakir dan miskin di daerah Petaling tergolong dalam kalangan fakir dan miskin sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi di negeri Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, seramai 4,196 fakir dan seramai 7,899 miskin direkodkan LZS di daerah itu pada tahun lalu.

Menurut beliau, daerah Klang pula kedua tertinggi iaitu seramai 11,477 dan diikuti Hulu Langat seramai 9,671.

"Jumlah keseluruhan fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS pula seramai 65,704 penerima.

"Kami dapati kemiskinan di Selangor umumnya tertumpu di kawasan bandar iaitu di Petaling, Klang dan Hulu Langat," katanya ketika ditemui semasa Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) di Dewan Orkid PKPS di sini pada Selasa.

Mohd Sabirin berkata, LZS sentiasa berusaha mencari kaedah bagi menangani kemiskinan terutama di kawasan bandar.

"Kita mencari pelbagai pendekatan dan formula bersesuaian atau setidak-tidaknya kemiskinan bandar bagi generasi kedua ini dapat kita noktah melalui pendidikan atau pun melalui platform lain yang bersesuaian," jelas beliau.

Dalam pada itu, katanya, LZS sedang giat mengesan seramai 1.5 juta penduduk Islam yang layak menunaikan zakat, namun masih gagal berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, pelbagai platform disediakan LZS termasuklah usaha-usaha berdakwah dan memberi kesedaran kepada mereka yang tidak menerima maklumat atau belum bersedia menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat.

"Kami kena melihat daripada pelbagai aspek dan pendekatan seperti demografi umur antaranya dengan menggunakan kaedah di sosial media untuk golongan muda, manakala medium elektronik, akhbar dan bahan bercetak kepada mereka yang lebih berusia.

"Selain itu, kami juga telah memperkenalkan silibus zakat yang wajib diajar di sekolah-sekolah agama di negeri Selangor," tambahnya.

Mengulas mengenai GRASIAZ, Mohd Sabirin berkata, program itu diadakan bagi meraikan rakan strategik LZS dalam kalangan ejen dan majikan yang melibatkan urusan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat.

Tambah beliau, rakan strategik itu terdiri daripada ejen syarikat, firma audit dan cukai, bank, pos, penolong amil institusi pengajian tinggi yang dilantik bagi mengutip zakat serta majikan yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji di LZS.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!