Orang ramai gesa PBT tebang pokok tua di tepi jalan

Komen netizen berkenaan isu pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur pada Selasa.
Komen netizen berkenaan isu pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur yang mengorbankan seorang pengguna jalan raya pada Selasa mengundang pelbagai komen dan reaksi netizen di media sosial termasuk Facebook Sinar Harian.

Rata-rata mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dan menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara bertanggungjawab sepenuhnya dengan menebang pokok-pokok besar yang sudah tua di tepi jalan raya bagi mengelak kejadian seumpamanya berulang.

Menurut Seri Dewi Mahawangsa, memang benar tiada siapa boleh melawan takdir namun ini bukan kali pertama ia berlaku di Kuala Lumpur.

“Rasanya pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu cakna dan proaktif dengan apa kemungkinan yang akan berlaku.

“Hakikatnya pihak berwajib tidak boleh lagi menunggu sehingga berlakunya kecelakaan baru hendak bertindak.

Tambahnya, semoga dengan apa yang berlaku hari ini, akan membuka mata semua pihak tentang kewujudan pokok-pokok besar di seluruh negara.

Seorang lagi pengguna media sosial, Cikgu Kosting tidak bersetuju sekiranya pokok-pokok tua di Kuala Lumpur di pantau dua tahun sekali.

“Pemantauan dua tahun sekali untuk pokok usia 50-80 tahun? Macam tak pantau lah tu,” katanya,

Artikel Berkaitan:

Abu Bakar pula berpendapat semua pokok yang tua di tepi jalan dan tempat tumpuan awam perlu ditebang bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Rakyat nak tahu pokok tua ditebang demi keselamatan pengguna jalan raya, rakyat tak nak tahu kisah pokok tua itu digantikan dengan pokok lain,” perlinya.

Sementara itu, Muhammad Khalid berkata, pengguna jalan raya Persekutuan Kuala Selangor ke Sabak Bernam, cukup bimbang dengan pokok kelapa condong ke jalan raya.

“Kawasan Sungai Gulang Batu 9 Tanjung Karang dekat Parit 4 ke Sekinchan Sungai Besar,harap pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya.