Pokok tumbang: Tiada perkhidmatan monorel antara stesen KL Sentral dan Medan Tuanku

Sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, pada Selasa. Foto Facebook JBPM
Sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, pada Selasa. Foto Facebook JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang Selasa.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan susulan itu, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

"Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

"Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera, selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: