10,000 penguat kuasa bertugas sempena Tahun Baru Cina

Siew Fook (empat dari kiri) menandatangani plak simbolik melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Tahun Baru Cina di R&R Tapah di sini hari ini.
Siew Fook (empat dari kiri) menandatangani plak simbolik melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Tahun Baru Cina di R&R Tapah di sini hari ini.
A
A
A

TAPAH - Hampir 10,000 pegawai dan anggota penguat kuasa akan bertugas sepanjang tempoh 15 hari Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baru Cina bermula Sabtu ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penugasan penguat kuasa membabitkan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bomba dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) adalah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.

"Pihak PLUS juga akan menggerakkan lebih 5,000 petugas termasuk melaksanakan pemantauan trafik menggunakan dron di lokasi-lokasi strategik di lebuh raya pada waktu puncak.

"Kempen keselamatan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2019 merekodkan 20,829 kemalangan berbanding 21,041 pada 2018," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah di sini hari ini.

Siew Fook mengetatkan topi keledar salah seorang pengguna jalan raya pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Tahun Baru Cina di R&R Tapah, hari ini.
Siew Fook mengetatkan topi keledar salah seorang pengguna jalan raya pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Tahun Baru Cina di R&R Tapah, hari ini.

Hadir sama, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari; Ketua Pengarah JKJR, Mohd Nasri Ishak dan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain.

Menurutnya, pelbagai program penguatkuasaan akan dijalankan dalam tempoh tersebut.

"PDRM akan menjalankan Ops Selamat dengan menjalankan rondaan penguatkuasaan melalui unit subtek. JPJ pula akan melaksanakan pra Ops melibatkan pemeriksaan bas di 75 depoh dan 28 terminal bas utama seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Selain pelaksanaan kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres. Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan turut serta melaksanakan ujian air kencing khususnya kepada pemandu bas dan lori secara rawak," katanya.

Siew Fook berkata, terdapat larangan kepada kenderaan berat yang akan berkuatkuasa oleh JPJ dan PDRM dua hari sebelum dan selepas perayaan.

"Larangan pada 23 dan 24 Januari serta 27 dan 28 Januari ini bertujuan untuk mengelak risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dan kenderaan ringan.

"Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan melibatkan semua jalan akan dihentikan, semua jentera dan peralatan akan dialihkan sepanjang tempoh operasi ini dijalankan," katanya.

Katanya, penglibatan pihak swasta dan bukan kerajaan dapat melengkapkan lagi usaha-usaha yang dijalankan kerajaan.