Nasib 7 ahli Bersatu sokong PM ditentukan selepas PRK KKB

Hamzah
Hamzah
A
A
A

LARUT - Tindakan terhadap tujuh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri akan dibuat dengan teliti mengikut lunas undang-undang.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, notis berhubung status enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat akan diserahkan sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

"Apa yang kita lakukan adalah memastikan segala tindakan yang diambil ini mengikut undang-undang maka, kita menubuhkan jawatankuasa untuk melihat secara terperinci bagaimana tindakan akan diambil selepas ini.

"Kemudian kita akan mengadakan MPT untuk mengesahkan segala tindakan yang akan saya ambil dan arahan itu akan saya terima sebelum dihantar kepada semua terlibat," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama di sini pada Ahad.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, fokus parti kini terarah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Hamzah (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama.
Hamzah (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama.

"Sepatutnya kita akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin tetapi kerana ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, kita akan fokus pilihan raya dahulu kemudian baru kita akan mesyuarat.

"Selepas sahaja mesyuarat MPT selesai, keesokan harinya hantar surat (notis). Apa yang penting, kita mengikut undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media melaporkan Bersatu meluluskan pindaan Perlembagaan yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti, Mac lalu.

Enam ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) serta ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK Kuala Kubu Baharu, Hamzah berkata, PRK DUN Kuala Kubu Baharu menjadi platform kepada rakyat menyuarakan pandangan mereka.

"Apabila kita pergi berjumpa rakyat, pergi banyak tempat di Kuala Kubu Bharu, saya melihat rakyat mula marah kepada kerajaan kerana isu-isu dibangkitkan langsung tidak diambil peduli.

"Kalau sudah diberi peluang masih lagi tak diambil tindakan sewajarnya maka rakyat akan membuktikan melalui PRK ini," katanya.

Tambah Hamzah, beliau senada dengan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai bahawa kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada 11 Mei depan akan menjadi sebuah referendum rakyat kepada kerajaan kini.

"Walaupun tidak besar tetapi dapat membuktikan setelah hampir dua tahun memerintah, rakyat masih tidak selesa dengan pengurusan atau kepimpinan kerajaan yang ada hari ini.

"Kalau ia dapat dibuktikan pada PRK ini, saya merasakan terbuktilah bahawa kerajaan hari ini sebuah kerajaan yang gagal menguruskan masalah rakyat, ekonomi dan lain-lain isu dibangkitkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Nasib 7 ahli Bersatu sokong PM ditentukan selepas PRK KKB #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Politik #Parti #Bersatu #MPT #PM #AnwarIbrahim #HamzahZainudin #PRK #PilihanRaya #KualaKubuBaharu

Tourner Dans Le Vide - (Andrew Tate Theme Song) By Shashikant Gupta - Shashikant Gupta