Universitas Andalas, Indonesia puji Karangkraf terbit al-Quran 4 bahasa

Azwar (empat dari kanan) bergambar bersama Hussamuddin dan Firdaus di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Azwar (empat dari kanan) bergambar bersama Hussamuddin dan Firdaus di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Universitas Andalas dari Padang, Indonesia memuji usaha murni Karangkraf yang konsisten mencetak dan menerbitkan al-Quran dalam empat bahasa iaitu Melayu, Jawi, Inggeris serta Kadazandusun.

Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP) universiti tersebut, Dr Azwar M.Si berkata, pihaknya teruja mengetuai lawatan bersama 28 pelajar Sarjana Komunikasi dan beberapa pensyarah ke syarikat penerbitan terbesar itu.

Menurutnya, Karangkraf menjadi antara lokasi pilihan kerana ia mampu memberikan satu pengalaman baharu tentang bagaimana untuk mengelola percetakan al-Quran dan mempraktikkan penggunaan media.

“Selepas dibawa pusing satu Karangkraf, apa yang menarik adalah cetakan al-Quran guna empat bahasa, berbeza dengan Indonesia ada satu bahasa sahaja.

Rombongan Universitas Andalas bergambar kenangan bersama warga Kumpulan Karangkraf. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Rombongan Universitas Andalas bergambar kenangan bersama warga Kumpulan Karangkraf. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

“Dengan mengadakan lawatan ini selama empat hari, kesemua pelajar Sarjana kami mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh dipraktikkan ke dalam pembelajaran sebaik sahaja pulang nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Pengurus Hal Ehwal Agama dan Penerbitan Al-Quran, Ahmad Yani Abd Manaf dan Pengurus Tugas-Tugas Khas, Hashim Anang.

Yeni Maiesnita
Yeni Maiesnita

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pelajar Sarjana Sains Komunikasi, Yeni Maiesnita memaklumkan, kunjungan tersebut merupakan agenda tahunan yang dianjurkan fakultinya dan Malaysia adalah negara pilihan pada kali ini.

Tambahnya, ia kerana dia dan rakan-rakan mahu melihat bagaimana komunikasi dan media massa berkembang serta berevolusi di negara selain Indonesia.

“Jadi, kami harap supaya ada ilmu baharu yang boleh diaplikasikan di kampus kami.

Rombongan Universitas Andalas dibawa mengunjungi studio #QuranTime di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Rombongan Universitas Andalas dibawa mengunjungi studio #QuranTime di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

“Saya memang sangat gembira dapat berkunjung ke sini, lebih-lebih lagi apabila berpeluang melawat studio, kilang percetakan al-Quran dan premis Karangkraf, pengalaman yang sangat luar biasa,” ujar Yeni.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!