Sinar Karangkraf kongsi cabaran media digital dengan NRC

Pelajar dari Maktab Ketahanan Nasional (NRC) bergambar bersama-sama kakitangan Sinar Karangkraf selepas Program Pengurusan Media tamat. Foto: NRC
Pelajar dari Maktab Ketahanan Nasional (NRC) bergambar bersama-sama kakitangan Sinar Karangkraf selepas Program Pengurusan Media tamat. Foto: NRC
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Karangkraf berkongsi cabaran dan pendedahan mengenai penggunaan media digital yang semakin meluas bersama 22 orang pelajar dari Maktab Ketahanan Nasional (NRC).

Komandannya, Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng berkata, program tersebut memberi banyak manfaat terutama kepada pegawai tentera yang tidak pernah didedahkan dengan situasi sebenar bersama media.

“Program yang diaturkan oleh Karangkraf amat baik dan bagus terutama dalam mendedahkan kepada peserta NRC mengenai pengurusan media.

“Selepas kursus ini tamat pegawai-pegawai tentera ini akan mengambil posisi sebagai wakil dalam mana-mana sidang media dan bakal berhadapan dengan pelbagai situasi.

Johnny Lim Eng Seng
Johnny Lim Eng Seng

“Jadi pengalaman pada hari ini amat bermakna dan berfaedah kepada mereka untuk mendapat sedikit ilmu bagaimana menguruskan media terutama apabila negara dilanda krisis atau apa juga yang memerlukan kenyataan atau penjelasan daripada pegawai atasan tersebut,” katanya selepas Program Pengurusan Media di Kompleks Karangkraf pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Akademik NRC, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd Yusuff (B); Juruarah Kanan Tentera Darat, Brigedier Jeneral Jagjit Indar Singh; Juruarah Kanan Tentera Laut, Laksamana Pertama (FAdm) Rosli Abd Ghani; Juruarah Kanan Tentera Udara, Brigedier Jeneral Koey Tang Chai (RMAF) dan Kolonel Pengurusan, Kolonel Zunaidi Hassan.

Mengulas lanjut, menurut Johnny, anggota tentera perlu bercakap benar lebih-lebih jika ia melibatkan isu kenegaraan yang serius.

Artikel Berkaitan:

Johnny (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Muhammad Nasir. Foto:NRC
Johnny (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Muhammad Nasir. Foto:NRC

Tambah beliau, setiap insiden atau krisis yang berlaku memerlukan anggota tentera mengemukakan fakta yang jelas terutama kepada pengamal media dan orang awam.

“Kita tidak boleh mengelak daripada bercakap benar. Sebagai anggota tentera mesti memberitahu apa yang berlaku tanpa kompromi terutama isu keselamatan.

“Setiap isu yang ditanya oleh media dan wartawan kita perlu beri fakta yang mereka perlukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu diberi pendedahan terhadap industri media yang kini semakin berkembang seiring peredaran masa.

Muhammad Nasir Hamzah. Foto:NRC
Muhammad Nasir Hamzah. Foto:NRC

Menurutnya, platform media sosial membantu menyampaikan maklumat dengan lebih pantas kepada masyarakat umum terutama perkembangan terkini badan pertahanan negara.

“Jika kita lihat kebanyakan hantaran di media sosial mereka sangat kurang jadi dengan menghadiri program seperti ini anggota tentera dapat mempelajari cara pengurusan media dengan lebih baik selepas kita lakukan aktiviti simulasi bersama wartawan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!