Setiap 1 kilometer di Sungai Golok ada satu pangkalan haram - JKDM

JDKM tidak menolak cuaca panas melanda negara sehingga menyebabkan sesetengah kawasan di Sungai Golok mulai kering dan airnya surut menyebabkan penyeludup menggunakan kesempatan melakukan jenayah itu.
JDKM tidak menolak cuaca panas melanda negara sehingga menyebabkan sesetengah kawasan di Sungai Golok mulai kering dan airnya surut menyebabkan penyeludup menggunakan kesempatan melakukan jenayah itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendedahkan setiap satu kilometer di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand mempunyai satu pangkalan haram.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, berpandukan kepada rekod ketika ini terdapat lebih kurang 140 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

"Panjang Sungai Golok 106 kilometer dan secara purata kita boleh rumuskan ada satu pangkalan haram di setiap satu kilometer," katanya semasa sidang akhbar di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKDM Kelantan di sini pada Selasa.

Hadir sama ialah Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long.

Menurut beliau, kebanyakan pangkalan haram itu digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

Ujarnya, binaan pangkalan haram tidak semestinya lengkap dengan kemudahan, namun ia mesti boleh beroperasi dengan baik.

Sazali memberitahu, JDKM tidak menolak cuaca panas yang melanda negara ini sehingga menyebabkan sesetengah kawasan di Sungai Golok mulai kering dan airnya surut menyebabkan penyeludup menggunakan kesempatan tersebut untuk melakukan kerja berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sazali (tengah) semasa sidang akhbar pada Selasa.
Sazali (tengah) semasa sidang akhbar pada Selasa.

"Ia dibuktikan apabila sebanyak 272 kes dicatatkan sepanjang awal tahun ini bermula Januari hingga terkini," katanya.

Dalam perkembangan sama, ujar beliau sepanjang tahun 2023, JKDM Kelantan telah berjaya mematahkan percubaan penyeludupan pelbagai jenis dagangan dan berjaya membuka kertas siasatan sebanyak 670 kertas siasatan.

Menurutnya, ia melibatkan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM27,909,693.84.

"Rampasan terbesar adalah rokok dengan jumlah nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM22,074,110.91 dan kertas siasatan yang dibuka berjumlah 386 kes.

Sazali (kanan) bersama Wan Jamal Abdul Salam (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKDM Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.
Sazali (kanan) bersama Wan Jamal Abdul Salam (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKDM Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.

"Rampasan kedua tertinggi adalah kenderaan klon sebanyak 53 buah dengan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM1,250,717.50.

"Sepanjang tiga bulan pertama tahun 2024 pula, JKDM Kelantan berjaya merampas pelbagai barangan seludup berjumlah RM6,816,431.39 termasuk nilai serta cukai yang terlibat dan membuka kertas siasatan sebanyak 272 kertas siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!