Polis mohon kesan remaja, hilang selepas keluar ke sekolah

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Lestari Perdana Seri Kembangan di sini, sejak Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan berhubung kehilangan remaja itu dibuat oleh seorang wanita berusia 42 tahun pada Jumaat.
"Remaja lelaki dikenali sebagai Mohammad Adi Syahmi Rashdan dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 12.15 tengah hari untuk ke sekolah, namun sehingga kini dia masih belum pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, remaja berkenaan berkulit cerah, bermata sepet, berketinggian 162 sentimeter dan berat badan kira-kira 60 kilogram.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Yusof Hasan Ganny di talian 03-80762222," katanya.
Ringkasan AI
- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki 14 tahun hilang di Taman Lestari Perdana Seri Kembangan
- Laporan kehilangan dibuat oleh wanita berusia 42 tahun
- Mohammad Adi Syahmi Rashdan dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah pada jam 12.15 tengah hari
- Remaja tersebut berkulit cerah, bermata sepet, tinggi 162 sentimeter dan berat 60 kilogram
- Orang ramai diminta menghubungi balai polis atau Inspektor Muhammad Yusof Hasan Ganny untuk maklumat berkaitan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
