Malaysia-Thailand segerakan pelebaran, dalamkan Sungai Golok

Anwar (tengah) semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas pada Khamis.
Anwar (tengah) semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Malaysia dan Thailand sudah sepakat untuk menyegerakan kerja-kerja pelebaran dan pendalaman Sungai Golok di sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Thailand iaitu Srettha Thavisin.

"Kerja-kerja itu pada hemat kami mampu meredakan tekanan banjir di kedua-dua negara di Narathiwat (Thailand) dan Rantau Panjang (Malaysia)," katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.

Beliau sebelum itu menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati dekat sini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu, projek itu penting kerana ia melibatkan hubungan dua negara.

Artikel Berkaitan: