Perhilitan pasang perangkap kesan harimau baham lembu penduduk

Anggota Perhilitan meninjau keadaan lembu yang mati dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Kemat, Hulu Terengganu. Foto Ihsan Abd Muein
Anggota Perhilitan meninjau keadaan lembu yang mati dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Kemat, Hulu Terengganu. Foto Ihsan Abd Muein
A
A
A

HULU TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu telah memasang perangkap bagi mengesan harimau yang dipercayai membaham ternakan penduduk di Kampung Kemat di sini.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, perangkap itu dipasang selepas pihaknya menerima aduan dan mendapati terdapat kelibat harimau di kawasan kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk kampung juga dinasihati supaya memelihara haiwan ternakan di dalam kandang dan tidak membiarkan ia berkeliaran di merata-rata tempat.

"Kita (Perhilitan) sudah menasihati penduduk kampung supaya tidak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran.

"Ternakan seperti lembu perlu diternak di dalam kurungan kerana jika dilepaskan kita khuatir ia akan menjadi tarikan kepada harimau belang dan harimau kumbang," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 setelah enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.

Abd Muien Shafie, 41 berkata, kejadian itu disedari selepas memeriksa ternakannya sekitar jam 10 pagi.

Menurutnya, ternakannya itu sebelum ini diletakkan di kawasan berpagar elektrik dalam kebun seluas 10 ekar di kampung berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!