Naik taraf empangan Sembrong, atasi gangguan air di Kulai, Kluang

Mohamad Fazli pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di Johor Bahru, pada Selasa.
Mohamad Fazli pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di Johor Bahru, pada Selasa.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Empangan Sembrong akan dinaik taraf bagi menampung keperluan sumber bekalan air penduduk di Kluang dan Kulai yang berdepan isu gangguan air ketika perayaan Aidilfitri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, empangan yang terletak di Ayer Hitam itu akan berfungsi sebagai tadahan air dan tebatan banjir.

"Bagi jangka masa panjang, kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan untuk menambah dan mengukuhkan empangan termasuk empangan Sembrong.

"Bermula tahun ini, projek pengukuhan empangan berkenaan akan dimulakan agar ia dapat digunakan untuk tebatan banjir dan sumber air," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di sini, pada Selasa.

Jumaat lalu, media melaporkan lebih 1,000 penduduk di Kulai terjejas ekoran gangguan bekalan air.

Antara kawasan terjejas ialah Murni Jaya, Kampung Sri Muar dan Felda Bukit Permai.

Menurut Mohamad Fazli lagi, beberapa langkah lain turut dikenal pasti kerajaan negeri bagi mengatasi isu gangguan bekalan air termasuk pembinaan tangki air di beberapa kawasan.

Artikel Berkaitan:

"Selepas ini, kerajaan negeri akan adakan post-mortem pihak syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ. Saya akan lihat apa yang boleh dibantu termasuk menambah tangki air bagi mengurangkan isu gangguan bekalan air.

"Tiada masalah untuk menambah tangki air, namun lokasi bagi pembinaan tangki memerlukan perbincangan kerana ia mungkin membabitkan tanah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!