MB Johor kesal masalah bekalan air semasa Aidilfitri

Onn Hafiz
Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor kesal atas insiden gangguan belakan air yang berlaku di negeri ini khususnya semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, gangguan bekalan air yang berlaku setiap tahun itu pastinya telah menjejaskan persiapan bagi menyambut Aidilfitri kepada penduduk setempat.

“Kerajaan negeri ingin menzahirkan rasa kesal atas aduan gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini yang pastinya telah menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri buat Bangsa Johor.

“Oleh itu, pihak Ranhill SAJ (Syarikat Air Johor) telah diminta membuat persediaan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.

“Bahkan pihak pengurusan tertinggi Ranhill SAJ juga telah memberikan komitmen untuk memastikan tiada isu gangguan bekalan air mahupun catuan air di negeri Johor sepanjang musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Keratan akhbar berhubung masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Johor.
Keratan akhbar berhubung masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Johor.

Onn Hafiz berkata demikian bagi mengulas berhubung masalah gangguan air yang berlaku di daerah Kulai dan Kluang pada Aidilfitri kali ini.

Sementara itu dalam kenyataan berkenaan Onn Hafiz berkata, berdasarkan aduan-aduan diterima telah menimbulkan persoalan berhubung keupayaan Ranhill SAJ selaku operator bekalan air di Johor khususnya dalam menangani masalah gangguan bekalan air yang berlaku saban tahun.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, kerajaan negeri menggesa pihak Ranhill SAJ untuk segera menangani setiap aduan gangguan bekalan air yang dialami rakyat negeri ini.

“Pihak Ranhill SAJ sewajarnya perlu mengambil tindakan yang proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28