India tidak boikot minyak sawit Malaysia

Teresa pada Program Taklimat Pensijilan MSPO dan sesi dialog bersama penanam sawit Selangor di Dewan Dato' Penggawa Permatang hari ini.
Teresa pada Program Taklimat Pensijilan MSPO dan sesi dialog bersama penanam sawit Selangor di Dewan Dato' Penggawa Permatang hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menolak dakwaan kerajaan India memboikot minyak sawit Malaysia sebaliknya mahu mengurangkan pengeksportan minyak sawit yang diproses.

Beliau berkata, pembeli minyak sawit itu inginkan kerajaan meningkatkan eksport minyak sawit mentah (MSM).

"Mana ada boikot, mereka cuma minta kita (Malaysia) lebihkan eksport MSM ke sana dan kurangkan minyak yang telah diproses.

"Tetapi mereka perlu bersedia untuk membayar duti eksport sebanyak lima peratus yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas MSM," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam sawit Selangor di Dewan Dato' Penggawa Permatang di sini hari ini.

Dalam pada itu juga, Teresa turut meminta supaya lebih banyak pekebun kecil di Selangor mendapatkan pensijilan MSPO bagi tanaman sawit.

"Di Selangor hanya 4.5 peratus daripada 45,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit milik pekebun kecil mempunyai sijil berkenaan dan angkanya disifatkan sebagai amat kecil.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pihaknya mula mengeluarkan surat amaran kepada kilang memproses buah sawit dan ladang-ladang kelapa sawit yang belum memulakan proses pensijilan MSPO.

Artikel Berkaitan:

"Mulai bulan ini kita akan keluarkan surat amaran kepada kilang dan ladang. Jika mereka ingkar juga mulai Julai nanti kita akan mula mengenakan kompaun.

"Tahun depan jika mereka ini masih lagi tidak melakukan proses pensijilan kami tidak akan teragak-agak untuk menggantung atau menarik lesen mereka," katanya.