[VIDEO] Moreh gaya klasik, tradisional warnai kemeriahan Ramadan di Terengganu

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Aktiviti moreh dan sahur berkonsepkan klasik dan tradisional semakin mendapat tempat dalam kalangan pengunjung yang inginkan suasana santai sambil mengimbau nostalgia zaman dahulu.

Konsep makan cara lama dengan duduk bersila di atas tikar menggamit suasana moreh zaman dahulu. Gambar kecil: Fathia Sarra Humaira, Aiman Zikri, Safarwan, dan Mohd Khairul Anuar

Bermula dengan konsep sahur secara santai atau Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk pada 2015, kini acara tersebut semakin mendapat sambutan dengan pertambahan kawasan yang menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati sepanjang Ramadan.

Pengunjung memenuhi ruangan moreh di D'Ulek Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.
Pengunjung memenuhi ruangan moreh di D'Ulek Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.

Tidak hairanlah sejak 1 Ramadan lalu, berlaku peningkatan aliran trafik terutama melibatkan laluan utama menuju ke 'port' moreh tersebut di sekitar daerah Kuala Terengganu.

Pengurus Port Moreh D' Ulek Pantai Pandak, Mohd Khairul Anuar Ahmad berkata, suasana klasik yang ditampilkan oleh setiap peniaga di situ menarik sehingga 1,500 pengunjung setiap hari.

"Tahun lepas kita telah adakan moreh di Pantai Pandak, Chendering ini, jadi pada tahun ini kita masih meneruskan konsep yang sama dimana kita beroperasi bermula jam 10 malam hingga 3 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Keunikan yang ada di kawasan ini memudahkan penduduk setempat terutama orang-orang kampung untuk datang menjamu selera di sini.

"Konsep yang kita ketengahkan ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mengimbau era 60-an dahulu seperti adanya tulisan jawi bagi setiap nama gerai dan makan duduk bersila di atas tikar,"katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini baru-baru ini.

Antara pengunjung yang hadir ke port moreh di D'Ulek Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.
Antara pengunjung yang hadir ke port moreh di D'Ulek Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aiman Zikri Zahari, 24 dari Kampung Masjid Raja, Chendering berkata, lokasi moreh itu menampilkan satu kelainan yang menarik pengunjung.

"Bila mula-mula sampai sini saya nampak tempat ini sangat menarik terutama konsep yang diketengahkan itu begitu santai. Masuk je ke kawasan ini terus rasa lain.

"Pemilihan material termasuk pagar yang didirikan di sepanjang kawasan berdekatan pantai ini amat unik. Rasanya keunikan yang ada di sini tiada di tempat lain," ujarnya.

Sementara itu, menurut seorang peniaga, Fathia Sarra Humaira Mohd Naziaidi, 23, sambutan luar biasa daripada pelanggan menyebabkan jualannya juga habis terjual.

"Sambutan pelanggan amat memberangsangkan malah jualan yang bermula sejak hari ketiga Ramadan lalu terus diburu pelanggan sehingga hari ini.

"Biasanya pelanggan akan semakin bertambah ramai bermula jam 12 ke atas kerana kebanyakan mereka mahu mendapatkan juadah untuk bersahur,"katanya.

Kebanyakan orang ramai akan bertambah selepas jam 12 tengah malam untuk mencari juadah bersahur.
Kebanyakan orang ramai akan bertambah selepas jam 12 tengah malam untuk mencari juadah bersahur.

Selain D'Ulek Pantai Pandak terdapat kira-kira lima lagi lokasi yang menyediakan moreh secara santai iaitu di Payang Walk, Pulau Warisan; Pantai Batu Buruk, belakang Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang; Kuala Ibai, Chendering serta di depan Primula Hotel.

Seorang peniaga 'port' moreh di Payang Walk, Safarwan Bahrin, 44 berkata, konsep yang lebih santai dan tempoh masa urusniaga yang lebih panjang menyebabkan idea moreh dan sahur yang diketengahkan itu lebih mendapat sambutan pengunjung.

"Kita di Payang Walk telah mula membuka jualan untuk bersahur.. Kalau ikutkan pada hari biasa kita hanya beroperasi pada malam Jumaat sekarang ini kita mula operasi jam 10 malam hingga 3 pagi.

"Konsep makan atas tikar yang diperkenalkan di sini juga menggamit nostalgia pengunjung.

"Setiap minggu kita mengetengahkan konsep berbeza, ada masanya konsep busana melayu, retro dan sebagainya," ujarnya yang membuka gerai jualan bersama lebih 50 peniaga di situ.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!