Parlimen Perancis mahu 'kekang' pengaruh Shein

Rantaian bekalan dan proses penghasilan produk yang efisien yang membezakan Shein dengan jenama lain seperti H&M dan Zara. Foto Agensi
Rantaian bekalan dan proses penghasilan produk yang efisien yang membezakan Shein dengan jenama lain seperti H&M dan Zara. Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Shein yang menawarkan harga rendah untuk pilihan pakaian mengikut trend terkini menjadi 'sasaran' penggubal undang-undang Perancis yang mahu mengekang pengaruh dan populariti fesyen pantas antarabangsa itu kerana berjaya mengetepikan jenama besar lain.

Parlimen Perancis pada minggu lalu meluluskan langkah tersebut setelah jenama gergasi tersebut turut berdepan tuduhan eksploitasi buruh dan menyumbang kepada sisa pencemaran serta alam sekitar.

Shein yang diasaskan China dan diperkenalkan sejak 2008 bagaimanapun menjelaskan ia telah menjalankan audit pihak ketiga untuk memastikan gaji yang adil serta model atas permintaan bagi mengelakkan pengeluaran secara berlebihan, sekali gus mengurangkan pembaziran secara dramatik.

Kebanyakan pelanggan menyukai produk yang ditawarkan Shein kerana ia turut menawarkan kira-kira 1.5 juta produk termasuk hiasan rumah dan keperluan lain dengan harga yang amat murah.

Selain itu, apa yang membezakan Shein dengan jenama lain seperti H&M dan Zara adalah rantaian bekalan dan proses penghasilan produk yang efisien.

"Secara teori, Bangladesh mungkin boleh menjual pakaian dengan harga jauh lebih murah berbanding Shein. Tetapi, ia tiada ekosistem di sana untuk memasarkan, menjenamakan, menjual dan membuat penghantaran ke luar negara.

"China mempunyai kesemua elemen ini," kata penganalisis pasaran Daxue Consulting berpusat di Beijing, Allison Malmsten.

Difahamkan, Shein turut memindahkan ibu pejabat mereka ke Singapura antara 2021 dan 2022 susulan peningkatan terhadap penelitian global ke atas syarikat beroperasi di Beijing.

Artikel Berkaitan:

Menurut The Wall Street Journal, Shein merekodkan hasil pulangan berjumlah AS$23 bilion (RM109 bilion) dan keuntungan bersih sebanyak AS$800 juta (RM4 bilion) pada 2022. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28