Pelajar dakwa cedera dirotan guru kerana tidak solat tarawih

Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih. Gambar hiasan.
Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih. Gambar hiasan.
A
A
A

ROMPIN - Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di sini yang cedera didakwa dirotan guru dalam kejadian pada Jumaat.

Mangsa iaitu seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dikatakan mengalami kecederaan akibat dipukul sebanyak 10 kali oleh guru yang juga warden asrama sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej tersebut.

"Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih.

"Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujar beliau, mangsa datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin pada jam 5.33 petang pada hari sama ditemani ibu saudaranya.

Jelasnya, kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: