Sindiket jadikan rumah sewa pusat sehenti dadah tumpas

Kumar menunjukkan syabu yang dirampas dalam serbuan dadah semasa sidang akhbar di IPK Johor, pada Khamis.
Kumar menunjukkan syabu yang dirampas dalam serbuan dadah semasa sidang akhbar di IPK Johor, pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu sindiket yang menjadikan rumah sewa sebagai pusat sehenti dadah tumpas selepas polis melakukan serbuan dan merampas pelbagai dadah serta sitaan lebih RM1 juta, awal minggu ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kamur berkata, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor pada jam 1 petang Isnin sehingga 1 pagi Selasa itu melibatkan lima kondominium dan sebuah rumah teres di Setia Indah dan Johor Jaya.

Menurutnya, sindiket dipercayai berperanan sebagai pemborong pelbagai jenis dadah yang menjadi tarikan utama dalam pasaran itu melakukan aktiviti pembungkusan dan menjadikan rumah sewa berpengawal terbabit sebagai stor.

"Menerusi enam serbuan berasingan itu, seramai enam suspek termasuk dalang sindiket berusia 22 sehingga 39 tahun melibatkan tiga lelaki, seorang wanita tempatan serta dua wanita warga asing ditahan.

Kumar menunjukkan sebuah daripada enam kereta yang disita dalam serbuan dadah.
Kumar menunjukkan sebuah daripada enam kereta yang disita dalam serbuan dadah.

"Hasil ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine. Semakan rekod mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Seorang lagi suspek mempunyai rekod orang yang dikehendaki," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, menerusi serbuan berkenaan, kira-kira 6.7 kilogram pelbagai jenis dadah melibatkan serbuk ekstasi, pil ekstasi, pil Eramin 5, ketamin, syabu dan ganja bernilai RM510,628 dirampas.

Artikel Berkaitan:


Antara dadah yang dirampas dalam serbuan dadah selama dua hari melibatkan jumlah RM519,628.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan dadah selama dua hari melibatkan jumlah RM519,628.

"Turut disita enam kereta, barang kemas dan wang tunai RM639,000. Nilai rampasan dadah berjumlah RM510,628 dan jumlah sitaan RM630,924 manakala keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bernilai RM1.141 juta," katanya.

Ujarnya, dadah yang dirampas itu boleh digunakan 22,969 penagih dan sindiket tersebut dipercayai sudah beroperasi sejak Disember lalu.

Kumar memberitahu, semua suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin depan untuk siasatan di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.


Kumar menunjukkan carta enam suspek yang ditahan dalam serbuan dadah, pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru pada Khamis.
Kumar menunjukkan carta enam suspek yang ditahan dalam serbuan dadah, pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru pada Khamis.

Tambahnya, suspek warga asing turut disiasat bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!