Ibu bapa sambut baik Minggu Solidariti Palestin di Johor Bahru - KPIBK

Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah menengah dan rendah di daerah ini bermula pada Ahad disambut baik ibu bapa pelajar.(Gambar hiasan)
Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah menengah dan rendah di daerah ini bermula pada Ahad disambut baik ibu bapa pelajar.(Gambar hiasan)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah menengah dan rendah di daerah ini bermula pada Ahad disambut baik ibu bapa pelajar.

Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Dan Komuniti (KPIBK) Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu tidak menerima sebarang bantahan dan dilaporkan berjalan lancar setakat ini.

"Terdapat 148 buah sekolah menengah dan rendah di daerah ini. Ibu bapa pelajar menyambut baik Minggu Solidariti Palestin yang akan dianjurkan hingga Jumaat ini.

"Malah ibu bapa memberi komitmen cukup baik dengan menyumbang ke tabung kemanusiaan yang turut dianjurkan pihak sekolah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Gesaan kami mengenai Minggu Solidariti Palestin disalah tafsir’

ARTIKEL BERKAITAN:Minggu Solidariti Palestin: Tanggungjawab sekolah pastikan tidak timbul masalah

Menurut Yahya, penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu penting untuk memastikan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan insaniah diterapkan dalam kalangan anak-anak sejak di bangku sekolah.

"Kami menyokong sepenuhnya Minggu Solidariti Palestin, cuma unsur budaya perang tidak boleh diterima sebagaimana yang ditetapkan KPM.

Artikel Berkaitan:

"Prosedur pengelolaan program tersebut dijelaskan KPM dalam pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu," katanya.

Minggu Solidariti Palestin oleh KPM dilaksanakan bermula 29 Oktober hingga 3 November di semua sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Minggu Solidariti Palestin, teruskan sahaja - Puad Zarkashi

ARTIKEL BERKAITAN:Hentikan polemik program Minggu Solidariti Palestin - ABIM

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Namun, KPM mengesahkan video berkenaan dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan pihak kementerian.