Polis cari Thanabalan, saksi perbicaraan kes dadah

R Thanabalan dicari polis untuk kes bicara dadah di Mahkamah Shah Alam.
R Thanabalan dicari polis untuk kes bicara dadah di Mahkamah Shah Alam.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mencari seorang lelaki untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, saksi tersebut dikenali sebagai R Thanabalan, 45.

Katanya, Thanabalan merupakan saksi bagi perbicaraan kes mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saksi diminta untuk hadir bicara pada tarikh 11 dan 12 Mac ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Shah Alam.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai bagi yang mengenali penama (R Thanabalan) agar memaklumkannya kerana dia merupakan saksi penting perbicaraan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, sebarang maklumat sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Zuhairi Mohd Yusof di talian 017-2306366.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: