Naik taraf Hospital Besut elak digelar 'hospital panadol'

Muhamad Nasir (berdiri, tiga dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Besutmaju selepas Mesyuarat Town Hall Bersama MP Dan ADUN Besut pada Selasa.
Muhamad Nasir (berdiri, tiga dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Besutmaju selepas Mesyuarat Town Hall Bersama MP Dan ADUN Besut pada Selasa.
A
A
A

BESUT - Hospital Besut perlu dinaik taraf supaya tidak lagi digelar 'hospital panadol' bagi memberi lebih banyak kemudahan kesihatan yang lebih efisien kepada pesakit.

Naib Presiden 1 Pertubuhan Besutmaju, Datuk Muhamad Nasir Hamzah berkata, hospital berkenaan antara pusat perubatan yang dianggap masyarakat setempat sebagai daif dan kekurangan kelengkapan.

Beliau berkata, sesuai perkembangan penduduk, perkhidmatan di hospital juga perlu ditingkatkan dan mempunyai lebih ramai kakitangan serta pakar.

"Memang sudah diketahui perancangan pembinaan Hospital Tembila namun mengambil masa lama untuk disiapkan dan kita cadang supaya baiki dahulu Hospital Besut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel sempena Mesyuarat Town Hall Bersama MP Dan ADUN Besut di sini pada Selasa.

Muhamad Nasir menjadi ahli panel sempena Mesyuarat Town Hall Bersama MP Dan ADUN Besut pada Selasa
Muhamad Nasir menjadi ahli panel sempena Mesyuarat Town Hall Bersama MP Dan ADUN Besut pada Selasa

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Riduan Mohamad Nor mengakui Hospital Besut yang dibina pada tahun 1976 dengan kadar demografi pada masa itu.

Kerajaan dicadangkan membina kompleks perubatan di Tembila bagi menyelesaikan isu jurang perubatan berikutan jarak yang jauh untuk ke Kota Bharu Kelantan atau ke Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Memang kita akui ada keperluan mendesak di hospital itu kerana wad isolasi masih tidak patuh syariah iaitu diasingkan antara lelaki dan wanita kerana kekangan ruang," katanya.

Justeru tambah beliau, pihaknya sudah mencadangkan supaya ditambah baik sesuai dengan imej negeri Terengganu selain menambah pakar perubatan.

Bagaimanapun jelas beliau, hospital itu sudah meningkatkan rawatan termasuk yang terkini ialah pembedahan katarak.

Muhamad Nasir yang juga Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf turut mencadangkan kerajaan negeri menyediakan lebih banyak fasiliti untuk pelancongan di Pulau Perhentian.

"Manfaatkan pulau ini untuk menarik ramai pelancongan kerana ia antara yang disenarai sebagai sepuluh pulau terbaik di dunia," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!