PJR tawar potongan harga barang asas hingga 30 peratus

A
A
A

BANTING - Orang ramai kini boleh menikmati penjimatan harga barangan keperluan asas sehingga 30 peratus lebih murah berbanding di pasaran menerusi Program Jualan Rahmah (PJR) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Program tersebut merupakan usaha kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah yang menawarkan potongan harga barangan antara 10 hingga 30 peratus dengan memberi keutamaan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Antara barang keperluan harian yang diberikan diskaun ialah ayam, ikan serta hasil laut, daging beku, telur, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran dan sebagainya.


Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.
Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.

Objektif utama pelaksanaan program berkenaan untuk menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat dengan harga mampu milik.

Selain itu, ia juga dapat merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Secara tidak langsung, program itu turut membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setelah berdepan dengan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:


Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.
Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.

Program JER ini melibatkan 222 kawasan Parlimen meliputi 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) di premis perniagaan terpilih seluruh negara.

Bagi kawasan penempatan atau tumpuan golongan B40 pula, kerajaan melalui kementerian tersebut telah memperkenalkan JER secara bergerak agar inisiatif itu sampai dan turut dirasai oleh semua masyarakat.

Ia menggunakan kaedah lori, trak, van atau sebagainya yang akan bergerak membawa barangan tersebut seterusnya memasuki kawasan kampung dan pedalaman.

Model pelaksanaan secara bergerak ini dilaksanakan khususnya bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan peruncitan sesuai.

Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.
Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program berkenaan menerusi laman web https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah.

Reaksi penduduk

Dalam pada itu, tinjauan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah, di sini mendapati bahawa program JER yang dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.
Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.

Ejen insurans, Nurul Zamilin Jamaian, 49, berkata, penduduk telah mula beratur dan memenuhi PKD itu seawal jam 8.30 pagi walaupun sudah dimaklumkan bahawa jualan akan dimulakan pada jam 10 pagi.

"Saya difahamkan penduduk sudah mula beratur sejak 8.30 pagi lagi semata-mata untuk membeli barang keperluan ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.

"Biasanya kalau dekat pasar, seekor ayam RM20 tetapi dekat sini boleh dapat RM10, jadi memang membantu sangat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.
Orang ramai beratur semasa program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Lang Tengah pada Sabtu.

"Saya dapat tahu progrom ini pun melalui orang kampung yang sebarkan dan saya harap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang serta tidak terhenti setakat ini sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Reza Dollah Sajat, 38, berkata, program itu secara tidak langsung dapat meringankan bebannya terutama menjelang bulan Ramadan ini.

"Tinggal beberapa hari lagi sudah masuk bulan puasa, jadi kebanyakan penduduk memang tak lepaskan peluang membeli barang-barang keperluan dengan harga jauh lebih murah seperti beras dan minyak masak yang boleh disimpan untuk dijadikan stok.

Mohd Reza dan Nurul Zamilin
Mohd Reza dan Nurul Zamilin

"Ada yang beli sehingga tiga kampit beras tetapi macam saya cuma beli minyak masak botol sahaja dengan harga yang ditawarkan RM25 yang mana kalau dekat luar agak mahal iaitu RM30 dan ke atas selain terhad.

"Saya dapat lihat penduduk yang kebanyakannya golongan B40 dan berpendapatan rendah memang berpuas hati dengan potongan diskaun tersebut kerana dekat luar tak dapat harga seperti ini," ujarnya.