WUIF, JAIS koloborasi anjur taklimat tauliah mengajar agama di Selangor

Antara peserta yang mengikuti Taklimat Prosedur Permohonan Tauliah JAIS di Bilik Latihan Quran Tadabbur dan Tazakkur (QTT) di sini pada Khamis.
Antara peserta yang mengikuti Taklimat Prosedur Permohonan Tauliah JAIS di Bilik Latihan Quran Tadabbur dan Tazakkur (QTT) di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama Rumah Ngaji Selangor berkoloborasi dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) anjur taklimat proses permohonan tauliah dihadiri hampir 100 peserta pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program julung kali diadakan itu bagi penambahbaikan program Rumah Ngaji yang telah dijalankan sejak 2013.

Menurutnya, program diadakan susulan pertemuan dengan bahagian dakwah JAIS yang melihat ada keperluan taklimat tauliah diperluaskan.

Marhaini
Marhaini

"Sasaran kita menerusi surah al-Jumu'ah adalah 3U iaitu ulama, umarah (pemimpin) dan ummah. Kita merasakan guru Quran dan ustaz yang membuat penyampaian di Rumah Ngaji perlu mendapatkan tauliah daripada negeri.

"Peranan ulama ini penting kerana kita tidak mahu ilmu disampaikan mengelirukan ummah. Disebabkan itu pentingnya tauliah daripada badan agama negeri," katanya pada Taklimat Prosedur Permohonan Tauliah JAIS di Bilik Latihan Quran Tadabbur dan Tazakkur (QTT), di sini pada Khamis.

Program jam 9 pagi itu dimulakan bacaan Surah al-Jumu’ah & Tadabbur bersama ustaz Safri Muhammad Zein dan Halim Zainudin disusuli taklimat oleh pegawai JAIS.

Mengulas lanjut Marhaini berkata, program sama dicadangkan untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

"Rumah Ngaji yang dibuka sebelum ini melalui guru yang ajar mengaji dan ada sesetengah negeri tidak ditekankan tauliah guru mengaji.

Program julung kali diadakan itu bagi penambahbaikan program Rumah Ngaji yang telah dijalankan sejak 2013.
Program julung kali diadakan itu bagi penambahbaikan program Rumah Ngaji yang telah dijalankan sejak 2013.

"Bagaimanapun, selepas pertemuan dengan JAIS, kita lebih faham kepentingan tauliah tersebut.

"Insya-ALLAH ini adalah permulaan dan kita akan tambah baik aspek ini kerana guru mengaji juga penting dalam membawa ejen perubahan kepada masyarakat untuk mendekati al-Quran," katanya.

Ujarnya, WUIF sentiasa menggalakkan guru mengaji ini untuk terus belajar dan mendapat tauliah bagi meningkatkan keyakinan masyarakat.

"Sebelum ini kita ada buat penetapan garis panduan, pendedahan teknik mengajar secara umum selain ada antara mereka mengikuti taklimat secara persendirian.

"Cuma apabila komuniti Rumah Ngaji semakin meluas, kita ambil inisiatif untuk anjur taklimat secara lebih mendalam dengan kerjasama JAIS untuk memudahkan agensi agama ini memantau dan mendapatkan rekod Rumah Ngaji terdapat di Selangor," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28