Sila log masuk terlebih dahulu.

Rumah Ngaji Negeri Perak buat kelainan, anjur program di taman rekreasi

25 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rumah Ngaji Negeri Perak buat kelainan, anjur program di taman rekreasi

BERITA MOJO 25 NOVEMBER 2023

Rumah Ngaji Negeri Perak tampil dengan kelainan tersendiri apabila menganjurkan #QuranHour For Gaza di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di Ipoh pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Penganjuran program yang disertai kira-kira 400 peserta di tengah-tengah pusat rekreasi berkenaan ternyata mencuri tumpuan orang ramai yang sedang beriadah.

Program dimulakan dengan perarakan ahli Rumah Ngaji mengelilingi taman rekreasi berkenaan bersama alunan selawat berserta sorakan bebaskan Palestin diikuti bacaan doa, deklamasi sajak, bacaan Surah Al-Insan dan tadabbur surah berkenaan oleh Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dr Mohd Syafiq Sahimi.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/636461/Alunan-Al-Insan-untuk-Gaza-bergema-di-taman-rekreasi

#BeritaMojo #SinarHarian