Majlis Agama Islam Negeri digesa turut pertimbang pengecualian fi

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) digesa mempertimbangkan langkah sama seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung pengecualian fi pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Peguam Syarie.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, pengecualian fi tersebut sangat dihargai oleh seluruh peguam syarie yang turut terkesan dengan situasi ekonomi negara dan dunia.

"Walaupun ia adalah kerjaya profesional, namun majoriti peguam syarie adalah pemilik atau rakan kongsi firma yang turut terkesan dengan situasi ekonomi semasa," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Mohd Na'im mengumumkan tidak berhasrat untuk menetapkan fi di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta Profesion Guaman Syarie (Akta 814) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 bagi tahun hadapan.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan kajian lanjut sedang dilaksanakan, fi masih belum ditetapkan dan mengambil kira kebajikan peguam syarie.

"Bagi maksud ini, pindaan akan dibuat kepada Kaedah-Kaedah Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Fi) 2023," katanya.

Artikel Berkaitan: