Konsert kontroversi: PBT, pejabat daerah diarah pantau semua program

Laporan Sinar Harian Pada Ahad. (Gambar kecil: Norizan)
Laporan Sinar Harian Pada Ahad. (Gambar kecil: Norizan)
A
A
A

ALOR SETAR - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah di Kedah diarahkan agar membuat pemantauan terhadap semua program dan karnival bagi mengelakkan insiden konsert kontroversi berulang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali berkata, pemantauan berkala perlu dilakukan untuk memastikan mereka tidak melanggar permit yang telah diberikan.

Norizan (tiga kiri) mengumumkan kadar fitrah negeri Kedah bagi tahun 2024 di Menara Lembaga Zakat Negeri Kedah, di sini, pada Selasa.
Norizan (tiga kiri) mengumumkan kadar fitrah negeri Kedah bagi tahun 2024 di Menara Lembaga Zakat Negeri Kedah, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, penganjuran ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ di Taman Jubli Emas, di sini yang mencetuskan kontroversi pada malam Sabtu lalu tidak berada dalam permohonan pihak tersebut.

“Selepas kejadian ini kita nampak ada keperluan pemantau dan penguatkuasaan kepada penganjur yang memperoleh lesen itu.

“Untuk pada masa depan ini, saya minta penguat kuasa kita ini kena pergi pantau, kena pergi tengok dari semasa ke semasa (program dan karnival yang mendapat kelulusan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kadar fitrah negeri Kedah bagi tahun 2024 di Menara Lembaga Zakat Negeri Kedah, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran sebuah konsert yang diadakan di Taman Jubli Emas pada malam Sabtu mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial kerana jatuh pada malam Nisfu Syaaban.

Norizan berkata lagi, biarpun pihak penganjur sudah pun memohon maaf di atas penganjuran konsert tersebut tanpa kelulusan, namun mereka akan tetap dipanggil untuk memberikan penjelasan.

Artikel Berkaitan:

“Kita panggil mereka untuk beri penjelasan dan akan tengok apa yang yang diputuskan hukuman terhadap pihak penganjur kerana tidak mengikut garis panduan ditetapkan.

“Kalau nak buat konsert kena minta kelulusan daripada pihak pengurusan negeri bukannya pejabat daerah,” jelas beliau lagi.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan, Kerajaan Kedah tidak pernah menerusi mana-mana agensi di bawah pentadbirannya memberi permit atau kelulusan untuk konsert kontroversi dikenali sebagai ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, terdapat permohonan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri namun dalam permohonan itu, namun tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!