Bayaran imam tarawih di Kelantan cecah lima angka

Ahmad Maher (kiri), Hantaran Ahmad Maher mencari imam tarawih dengan bayaran RM6,000 sepanjang Ramadan tular di media sosial sejak Jumaat.
Ahmad Maher (kiri), Hantaran Ahmad Maher mencari imam tarawih dengan bayaran RM6,000 sepanjang Ramadan tular di media sosial sejak Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Bayaran imam bagi solat tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di negeri ini.

Perkara itu diakui sendiri oleh Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain, 30, yang menyifatkan perkara tersebut tidak didedahkan kepada umum sebelum ini.

"Sepertimana kami menawarkan RM6,000 kepada imam tarawih untuk Ramadan kali ini.

"Di masjid kami, sepanjang 30 Ramadan akan ada dua imam yang bertugas dan bayarannya mencecah RM12,000 untuk sebulan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum itu hantaran Ahmad Maher mencari imam tarawih dengan bayaran RM6,000 sepanjang Ramadan tular di media sosial sejak Jumaat.

Beliau turut memaklumkan bayaran imam tarawih di Madinah Ramadan juga mencecah hampir RM20,000.

Menjadi imam tarawih bukan tugas mudah, selain tampil dengan bacaan yang merdu kami juga perlu menjaga kualiti bacaan, sebutan dan sifat huruf dengan penuh rapi serta sebaik mungkin.
Menjadi imam tarawih bukan tugas mudah, selain tampil dengan bacaan yang merdu kami juga perlu menjaga kualiti bacaan, sebutan dan sifat huruf dengan penuh rapi serta sebaik mungkin.

Menurut beliau, tujuan menguar-uarkan bayaran sebagai imam tarawih itu adalah untuk membuka mata semua pihak sekali gus mengangkat lagi imej imam.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Maher memberitahu, ia juga bagi memberi kesedaran bahawa bayaran imam perlu dinaikkan berpandukan kepada peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Ujarnya, tawaran tersebut hanya terbuka kepada warga tempatan sahaja yang mempunyai kelayakan menjadi imam.

Ahmad Maher berkata, semasa berusia 14 tahun, beliau pernah menjadi imam tarawih dan hanya menerima sebekas kuih akok sepanjang Ramadan.

Bayaran imam tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di negeri ini.
Bayaran imam tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di negeri ini.

Katanya, zaman sudah berubah, apabila diusia sekarang beliau dibayar RM1,000 satu malam untuk menjadi imam tarawih jemputan di Kuala Lumpur.

"Menjadi imam tarawih bukan tugas mudah, selain tampil dengan bacaan yang merdu, kami juga perlu menjaga kualiti bacaan, sebutan dan sifat huruf dengan penuh rapi serta sebaik mungkin.

"Hal ini bagi memastikan ia tidak melanggar hukum tajwid," katanya.

Ujarnya, pada masa sama, beliau lihat pihak masjid yang menggunakan khidmat imam terawih perlu kreatif dalam mencari sumbangan.

"Janganlah hanya bergantung kepada tabung masjid semata-mata.

"Malah jemaah serta orang ramai juga sanggup menyumbang bagi merebut pahala berganda sepanjang Ramadan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!