Waktu Subuh lewat, tiada keperluan anjak waktu pembelajaran - JPN Kelantan

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memaklumkan setakat ini, tiada sebarang keperluan untuk mengubah atau menganjak waktu persekolahan sedia ada di negeri ini walaupun waktu Subuh lewat.
Pengarah Pendidikan, Siti Norina Muhamad berkata, penetapan dan pengoperasian waktu persekolahan adalah tertakluk kepada ketetapan serta garis panduan waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Setakat ini, kita tidak nampak keperluan itu kecuali di kawasan pedalaman seperti SK (Sekolah Kebangsaan) Bahagia di Kuala Krai.
"Ini kerana guru dan pelajar di sana perlu menaiki bot ke sekolah. Kita bagi kebenaran kepada mereka untuk mula sesi persekolahan jam 8 pagi. Setakat ini tiada masalah lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran SBP Kepada Murid Orang Asli di Dewan Seri Tunjong, JPN Kelantan di sini pada Ahad.
Ketika ini waktu solat Subuh bagi zon satu negeri Kelantan sekitar jam 6.15 pagi, sementara zon dua untuk Gua Musang serta Jeli 6.19 pagi.
Situasi itu menyebabkan pelajar dan guru berdepan sedikit kesukaran memandangkan sesi persekolahan negeri ini pada jam 7.30 pagi.
Ringkasan AI
- JPN Kelantan tiada rancangan ubah waktu persekolahan walaupun waktu Subuh lewat
- Penetapan waktu persekolahan ikut garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kecuali SK Bahagia di Kuala Krai, kerana keperluan bot untuk ke sekolah
- SK Bahagia dibenarkan mula sesi persekolahan jam 8 pagi
- Waktu solat Subuh di Kelantan sekitar 6.15 pagi hingga 6.19 pagi, menimbulkan kesukaran dengan sesi persekolahan jam 7.30 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

