‘Ini perkara gembira bagi semua pesawah’ - Akmal

Pesawah disaran menyalurkan maklumat sekiranya menerima informasi terhadap penjualan benih padi melebihi harga sepatutnya. Gambar kecil: Akmal
Pesawah disaran menyalurkan maklumat sekiranya menerima informasi terhadap penjualan benih padi melebihi harga sepatutnya. Gambar kecil: Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa telah menarik lesen perniagaan syarikat pemborong benih padi yang enggan menjual benih seperti ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada kadar RM40 bagi setiap 20 kilogram (kg).

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, informasi penarikan lesen itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood pada Rabu.

“Alhamdulillah, pagi ini saya dapat mesej daripada Datuk Azman yang memberitahu perkara yang bagi saya menggembirakan semua pesawah.

“Ingat tak video saya sebelum ini tentang benih padi beras yang dijual tidak mengikut harga yang telah ditetapkan?

“Syarikat itu kita sudah tarik lesen dan tidak dibenarkan untuk jual benih padi,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO mendedahkan wujud kartel yang menjual benih padi melebihi harga ditetapkan kerajaan.

Justeru, beliau meminta semua pesawah untuk menyalurkan maklumat sekiranya menerima informasi terhadap penjualan benih padi melebihi harga sepatutnya.

“Kalau ada maklumat tolong salurkan kepada saya kita lawan geng-geng kartel yang tidak bertanggungjawab ini sampai lumat’,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: