'Dua bulan kerja, gaji satu sen tak bayar'

Seramai 62 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang memproses barangan logam dan elektronik terpakai di Teluk Gong, Pelabuhan Klang pada Khamis.
Seramai 62 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang memproses barangan logam dan elektronik terpakai di Teluk Gong, Pelabuhan Klang pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Tidak dibayar gaji dalam tempoh dua bulan bekerja, selain ditempatkan dalam bilik tidak selesa, itu antara nasib dialami seorang pekerja Indonesia yang diselamatkan menerusi serbuan di sebuah kilang memproses barangan logam dan elektronik terpakai di Teluk Gong, Pelabuhan Klang pada Khamis.

Individu berumur 21 tahun itu mendakwa dia sepatutnya dibayar gaji sebanyak RM75 untuk tempoh 12 jam.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.
Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, setelah hampir dua bulan bekerja, dia langsung tidak diberikan sebarang bayaran selain tidak disediakan penempatan yang selesa.

Pemuda berasal dari Acheh itu mendakwa dirinya sebelum ini dijanjikan bayaran yang setimpal selain suasana kerja yang selesa sebelum datang ke negara ini sejak lima bulan lalu.

Dalam operasi sama, beberapa warga asing turut cuba melarikan diri menggunakan lorong tikus di tepi longkang kotor serta berbau sebaik menyedari kehadiran polis.

Tindakan warga asing itu bagaimanapun berjaya dihidu apabila mereka dikesan bersembunyi di sebalik belukar di kawasan tepi kilang terbabit.

Laluan tikus dikesan di lokasi kilang terbabit dipercayai digunakan warga asing untuk melarikan diri.
Laluan tikus dikesan di lokasi kilang terbabit dipercayai digunakan warga asing untuk melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

Operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) itu turut mendapati keadaan bilik yang dipercayai menempatkan pekerja kilang terbabit dalam keadaan tidak terurus.

Tinjauan mendapati keadaan bilik berkenaan juga tidak mempunyai aliran udara yang baik sekali gus memberikan risiko kesihatan kepada para pekerja.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Op Bersepadu Pintas yang dijalankan kira-kira jam 2.30 petang itu merupakan hasil risikan dijalankan pihaknya sebelum ini.

Pegawai polis menunjukkan keadaan salah sebuah bilik yang dipercayai menempatkan pekerja warga asing kilang terbabit.
Pegawai polis menunjukkan keadaan salah sebuah bilik yang dipercayai menempatkan pekerja warga asing kilang terbabit.

"Pemeriksaan dijalankan membawa kepada tangkapan melibatkan 62 individu terdiri daripada 55 lelaki dan tujuh perempuan.

"Kesemua warga asing yang ditahan berumur antara 20 hingga 40 tahun melibatkan warga Indonesia, Bangladesh, Kemboja, China, Myanmar, Nepal dan Vietnam," katanya pada Khamis.

Katanya, selain itu turut diselamatkan adalah tiga individu berumur 21 hingga 38 tahun.

"Kesemua individu ini terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh yang merupakan pekerja di kilang ini.

Keadaan bilik yang menempatkan pekerja warga asing didapati tidak mempunyai aliran udara yang baik sekali gus memberikan risiko kesihatan kepada pekerja terbabit.
Keadaan bilik yang menempatkan pekerja warga asing didapati tidak mempunyai aliran udara yang baik sekali gus memberikan risiko kesihatan kepada pekerja terbabit.

"Pemeriksaan di sekitar kawasan kilang ini mendapati terdapat laluan khas dipercayai lorong tikus menghubungkan beberapa blok di kilang ini," katanya.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 55B, Seksyen 39B, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Keadaan bilik yang menempatkan pekerja warga asing didapati dalam keadaan tidak terurus.
Keadaan bilik yang menempatkan pekerja warga asing didapati dalam keadaan tidak terurus.

"Siasatan turut dijalankan polis mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.