Dua syarikat didenda ingkar arahan SPAN

Pengarah syarikat Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd (kiri) keluar dari kamar Mahkamah Sesyen bersama peguamnya (tengah) selepas tamat prosiding mahkamah.
Pengarah syarikat Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd (kiri) keluar dari kamar Mahkamah Sesyen bersama peguamnya (tengah) selepas tamat prosiding mahkamah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua syarikat masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah membina tangki septik dan sistem pembetungan tanpa pelan serta spesifikasi diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) lima tahun lalu.

LLC Infra Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Loh Choon Quan, 44, didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 45 (7) (a) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa membina dan memasang dua unit tangki septik serta dua unit sistem pembetungan di empat lokasi berasingan di Stesen Janaelektrik Hulu Terengganu, Kuala Berang, tanpa pelan dan spesifikasi dikehendaki diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh SPAN.

Sebuah lagi syarikat, Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, He Feng turut didakwa atas empat pertuduhan di bawah Akta sama dengan membina tiga unit tangki septik dan satu unit sistem pembetungan tanpa pelan dan spesifikasi dikehendaki di empat lokasi berasingan juga di Stesen Janaeletrik Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Kedua-dua syarikat tersebut yang merupakan salah satu kontraktor utama bagi keseluruhan pembinaan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang dilantik Tetuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu pemilik projek itu sejak 8 September 2010 dikesan melakukan kesalahan tersebut pada 25 November 2015.

Sabit kesalahan, syarikat atau wakilnya boleh dihukum di bawah subseksyen 45(7) Akta 655 iaitu denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan SPAN, Shariful Azman Mustapa Yahya dan Mohd Helmy Razelan di hadapan Hakim Jamaludin Mat manakala kedua-dua syarikat tersebut diwakili peguam bela tetuan Iza, Ng, Yeoh & Kit.

Jamaludin memerintahkan kedua-dua syarikat berkenaan membayar denda sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Artikel Berkaitan: