Sultan Perak rasmi Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi HRPB

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan mendengar taklimat ketika sesi lawatan ke ruang pameran sempena perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan mendengar taklimat ketika sesi lawatan ke ruang pameran sempena perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Selasa.

Baginda yang melawat kompleks dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dengan kos RM237 juta itu turut menyempurnakan lafaz rasmi dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Sultan Nazrin kemudiannya dibawa melawat ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Kardiologi, Jabatan Pediatrik dan ruang pameran.

Keberangkitan baginda pada jam 10 pagi itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim.

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin menyempurnakan simbolik perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa.
Sultan Nazrin menyempurnakan simbolik perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa.

Projek pembinaan kompleks berkeluasan 14,671 meter persegi itu telah dimulakan Ogos 2013 lanjutan daripada peningkatan pesakit setiap tahun dan permintaan tinggi masyarakat.

Bangunan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi ini siap dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 15 Ogos 2019 sebelum beroperasi secara berperingkat bermula Disember 2019.

Menawarkan tiga perkhidmatan utama iaitu Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Pediatrik serta Jabatan Kardiologi.

Bangunan ini juga menyediakan lima perkhidmatan sokongan iaitu Jabatan Anestologi, Jabatan Pembedahan Jabatan Radiologi, Jabatan Farmasi, Unit Hasil dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) bagi memastikan kelancaran perkhidmatan kepada pesakit.

Kompleks 10 tingkat ini turut dilengkapi dengan kemudahan 404 katil, enam dewan bedah dan ruang parkir yang mampu menempatkan 304 kenderaan kakitangan dan awam.