Wanita, kanak-kanak majoriti mangsa serangan terbaharu Israel

Imej diambil aripada rakaman video AFPTV menunjukkan mayat rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas kem pelarian di Jabalya, Gaza pada Selasa. - Foto AFP
Imej diambil aripada rakaman video AFPTV menunjukkan mayat rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas kem pelarian di Jabalya, Gaza pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Sejumlah besar mangsa serangan terbaharu Israel ke atas kem pelarian di Jabalya, Gaza pada Selasa dikejarkan ke Hospital Indonesia, di sini, untuk dirawat.

Menurut pengarah di hospital berkenaan, Dr Mohamed El Ron, pusat perubatan itu menerima sekitar 400 mangsa akibat serangan merangkumi yang cedera serta meninggal dunia.

Sebilangan besar daripada mangsa serangan itu, jelas beliau, terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak, lapor BBC.

Pada Selasa, sekurang-kuranganya 50 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan terbaharu zionis Israel ke atas kem pelarian terbesar, Jabalya di Semenanjung Gaza.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan berkenaan dilancarkan dengan mendakwa, sasaran mereka ialah komander Hamas.

Tentera Israel mendakwa, mereka berjaya menawan Ibrahim Biari - pemimpin Hamas yang mengetuai serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, kata jurucakap Leftenan Kolonel Richard Hecht.

Hamas, bagaimanapun, menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan bahawa IDF telah menawan pemimpin pasukan pejuang itu, tegas jurucakapnya, Hazem Qassem. - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan: