Sultan Nazrin berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran Perak

Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67, di Istana Iskandariah, di sini pada Ahad. - Foto: Bernama

A
A
A

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di Istana Iskandariah di sini pada Ahad.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67, di Istana Iskandariah pada Ahad.- Foto: Bernama

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Altileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Leftenan Kolenal Muhamad Asri Che Will.

Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen. - Foto: Bernama
Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen. - Foto: Bernama

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 238 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu, seramai 23 individu menerima darjah kebesaran masing-masing pada sesi pertama dan selebihnya pada sesi kedua, 18 November ini.