Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah.
Seri Paduka Baginda bertitah, perintah pengampunan bersyarat itu adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap bekas Perdana Menteri itu.
"Tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.
"Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
"Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
