Najib jalani proses sah sebelum keputusan pengampunan dibuat

Anwar - Foto: Bernama
Anwar - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani proses rayuan dan pengampunan yang sah bagi pesalah yang telah dijatuhkan hukuman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan proses rayuan kepada Lembaga Pengampunan adalah hak setiap individu yang disabitkan dengan kesalahan untuk membuat rayuan kepada Raja.

“Saya pernah duduk di Lembaga Pengampunan sebagai menteri yang menjaga Kuala Lumpur, dan kini dipegang oleh orang lain. Tetapi sudah tentu Raja sebagai Raja Berperlembagaan, berunding dengan Peguam Negara, Perdana Menteri dan ramai lagi.

“Kemudian Raja, selepas mendengar dewan, akhirnya memutuskan untuk mengurangkan hukuman sebanyak 50peratus yang bermaksud pada tahun 2028 (pembebasan). Jika RM50 juta dibayar, maka dia akan dibebaskan pada Ogos 2028. Tetapi jika tidak dibayar, maka ia akan dilanjutkan setahun lagi kepada 2029,” katanya ketika ditemubual Al-Jazeera pada Jumaat.

Bagaimanapun Anwar memberi jaminan terdapat kes lain membabitkan bekas perdana menteri itu yang sedang berjalan di mahkamah melalui proses kehakiman secara bebas yang perlu diteruskan.

“Pada masa yang sama, Datuk Seri Najib berhak sekali lagi merayu kepada yang di-Pertuan Agong yang baharu. Saya rasa proses itu perlu dihormati, ia di luar kuasa Perdana Menteri atau kerajaan.

“Saya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Sekarang kita mempunyai Raja baharu.

“Sudah pasti ada yang menyokong, ada yang tidak. Tetapi mereka tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa setiap orang yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: