Tony Pua sindir keputusan pengampunan Najib

Tony Pua
Tony Pua
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dengan nada sinis menyindir keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pembebasan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi Facebooknya itu, Tony Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Publisiti DAP itu antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lantang bersuara berkenaan salah laku ketika era pentadbiran Najib.

Tony Pua pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyaksikan beliau menjadi individu penting yang mengusulkan agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas pemulangan aset untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta SRC International pada tahun 2020.

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut kenyatan yang dikeluarkan urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!