MPKS gempur 11 premis burung walit sebabkan kacau ganggu

Serbuan penguat kuasa MPKS di premis burung walit yang timbulkan kacau ganggu bunyi.
Serbuan penguat kuasa MPKS di premis burung walit yang timbulkan kacau ganggu bunyi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) gempur 11 premis burung walit selepas ingkar notis kacau ganggu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, serbuan bermula jam 9 pagi itu dijalankan di Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama dekat sini.

Menurutnya, operasi dilaksanakan selepas pengusaha berkenaan gagal mematuhi notis amaran terakhir dikeluarkan bulan lalu.

"Operasi dilakukan hasil aduan kacau ganggu bunyi bising kepada penduduk setempat dan kawasan perniagaan berkenaan.

"Serbuan membawa kepada tindakan sitaan ke atas pembesar suara yang digunakan pengusaha premis burung tersebut," katanya pada Jumaat.

Tindakan penguatkuasan ke atas premis operasi burang walit.
Tindakan penguatkuasan ke atas premis operasi burang walit.

Beliau berkata, sebanyak 11 kompaun turut dikeluarkan di bawah Seksyen 70 (11) Akta 133 melibatkan kesalahan membuat struktur tambahan dan ubah suai tanpa kebenaran.

Tambahnya, pengusaha diminta mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak tindakan tegas diambil termasuk pendakwaan di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, semua barangan yang disita dibawa ke stor tahanan Jabatan Penguatkuasa MPKS bagi tindakan lanjut.