DBKL gempur 19 premis hiburan di ibu negara

DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan ain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan ain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan DBKL menggempur 19 premis hiburan termasuk pusat urut tawar perkhidmatan seks di sekitar ibu negara.

Operasi Tindakan Khas Premis Berisiko itu dilaksanakan pada Rabu dan Jumaat di Jalan Telawi Bangsar; Jalan Sultan Ismail; Jalan Metro Pudu; Publika Jalan Dutamas; Jalan Puchong dan Jalan Kuchai Maju.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan hasil serbuan dan pemeriksaan mendapati premis terbabit dikesan menawarkan khidmat seks serta mengadakan aktiviti hiburan tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, DBKL membuka enam kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) dan di bawah Akta Hiburan 1992 kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran.

DBKL menggempur 19 premis hiburan termasuk pusat urut tawar perkhidmatan seks di sekitar ibu negara.
DBKL menggempur 19 premis hiburan termasuk pusat urut tawar perkhidmatan seks di sekitar ibu negara.

"15 notis kompaun juga dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti selain dilesenkan, menyebabkan kacau ganggu dan mengadakan aktiviti tidak bermoral menerusi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016," kata DBKL dalam kenyataan itu di laman Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, tujuh premis dikenakan tindakan sita melibatkan 52 pelbagai peralatan muzik dan barangan lain antaranya sound processor, mixer sound, digital mixing serta kondom dan gel pelincir.

"Barangan dan peralatan ini akan di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod, penyimpanan sementara dan proses tuntutan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," tambah kenyataan itu.