Konsert artis luar: Jangan pinggir nasihat mufti

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan membatalkan konsert penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari ini.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan membatalkan konsert penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari ini.
A
A
A

KEBELAKANGAN ini, Malaysia seolah-olah jadi sasaran artis-artis luar negara untuk mengadakan konsert. Satu persatu masuk ke negara ini untuk membuat persembahan.

Dari sudut positif, ia memberi peluang kepada peminat-peminat tempatan yang tidak mampu menonton persembahan artis antarabangsa kegemaran mereka di luar negara.

Juga, sedikit sebanyak merancakkan ekonomi di dalam negara seperti sewaan lokasi, peralatan, serta penjualan merchandise. Negara turut mendapat manfaat menerusi cukai hiburan yang dikenakan.

Dari sudut negatif, ia saingan kepada artis-artis tempatan yang didakwa sukar mendapat tempat mengadakan konsert di dalam negara, disebabkan kurang sambutan atau sukar dapat tajaan.

Namun, aspek besar yang perlu diambil kira ialah kesannya terhadap rakyat Malaysia apabila konsert mereka diteruskan kerana kebanyakan artis-artis luar ini dikaitkan dengan budaya negatif.

Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan membatalkan konsert penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari ini. Penyanyi itu dikatakan penyokong tegar komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyambut baik pandangan Wan Salim itu, bagaimanapun memaklumkan bahawa konsert berkenaan boleh diteruskan selepas merujuk kepada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).

Jelas beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan salah satu daripada 16 agensi yang terbabit dalam perbincangan untuk memutuskan permohonan mana-mana persembahan artis luar negara melalui jawatankuasa tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebagai mufti, Wan Salim sudah melaksanakan tanggungjawabnya memberi pandangan, cuma tentu ada sebab apabila beliau gusar sekiranya konsert tersebut diteruskan.

Bahkan, ramai yang meminta kerajaan mengambil serius pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan diadakan di negara ini.

Jangan kita lupa insiden 21 Julai lalu apabila kumpulan pop rock dari Britain, The 1975 yang bukan sahaja melakukan aksi tidak senonoh, malah menyindir Malaysia kerana tidak menyokong LGBT, ketika persembahan konsert di festival muzik di Sepang.

Nampaknya kita masih tidak mengambil iktibar daripada peristiwa lalu.