Hukum penceroboh tanah perguna agama

Laporan Sinar Harian mengenai isu pencerobohan tanah.
Laporan Sinar Harian mengenai isu pencerobohan tanah.
A
A
A

ISU pencerobohan tanah secara haram yang berselindung di sebalik nama agama dan tindakan menghina kesucian Islam perlu dikenakan tindakan yang berat kerana jika dibiarkan ia akan menjadi ancaman serius kepada keharmonian negara.

Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada pihak yang sanggup menunggang nama institusi agama demi menghalalkan tindakan menceroboh, sekali gus mencemarkan imej agama itu sendiri di mata masyarakat majmuk.

Tindakan paling mengecewakan apabila terdapat segelintir pemimpin yang menyokong tindakan pencerobohan dengan memutarbelitkan fakta walaupun undang-undang sendiri memihak kepada tuan tanah.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengenakan tindakan paling tegas tanpa sebarang kompromi.

Menggunakan sentimen ketuhanan sebagai 'perisai' untuk menduduki tanah yang bukan hak adalah satu perbuatan jelas bercanggah prinsip keadilan dan undang-undang.

Agama tidak pernah memberikan lampu hijau untuk menghalalkan cara salah demi mencapai matlamat yang kononnya murni.

Jika gejala ini dibiarkan membiak tanpa kawalan, ia akan menjadi barah yang menular, di mana sesiapa sahaja boleh melanggar undang-undang atas tiket perjuangan suci.

Pada masa sama, kelompok yang gemar menghina dan memperlekehkan kesucian agama di media sosial juga perlu diajar dengan hukuman setimpal.

Kebebasan bersuara bukanlah satu lesen besar untuk menyentuh sensitiviti penganut agama atau mencetuskan api provokasi yang melampau.

Artikel Berkaitan:

Tindakan segelintir individu yang sengaja mencetuskan polemik ini hanya akan merobek perpaduan yang telah lama dibina di bumi bertuah ini dengan penuh sabar.

Kita tidak boleh membiarkan undang-undang negara dipandang enteng atau diperlekehkan.

Hukuman berat bukan sekadar untuk menghukum pelakunya, tetapi bertindak sebagai pengajaran keras kepada masyarakat umum agar lebih bertanggungjawab.

Jangan sampai maruah agama terus dipermainkan oleh mereka yang berkepentingan atau dihina oleh mereka yang dangkal pemikirannya.

Ketegasan pemerintah dalam menguatkuasakan undang-undang tanpa pilih kasih adalah kunci utama memastikan keharmonian negara terus terpelihara daripada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!