VBR 2023 terima penyertaan IPT dalam, luar negara

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (lapan dari kanan) bersama Pekan (sembilan dari kanan) bersama sebahagian peserta acara sampingan perlumbaan bot naga antara pilihan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Masum sempena pertandingan VBR 2023 di Kompleks Sukan Air Putrajaya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (lapan dari kanan) bersama Pekan (sembilan dari kanan) bersama sebahagian peserta acara sampingan perlumbaan bot naga antara pilihan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Masum sempena pertandingan VBR 2023 di Kompleks Sukan Air Putrajaya.
A
A
A

KEJUARAAN Varsity Boat Race (VBR) 2023 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjaya menarik penyertaan lebih 500 peserta dalam kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara.

VBR 2023 yang mendapat kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempertandingkan empat kategori - kayak, mendayung dalam dewan dan bot naga.

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli, penganjuran kejuaraan di Kompleks Sukan Air Putrajaya itu juga mendapat respon positif biarpun empat tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini.

"Penyertaan dalam kalangan peserta institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara pada 2019 agak menurun berikutan situasi Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

"Alhamdulillah, penyertaan cukup mengalakan apabila dianjurkan semula Varsity Boat Race selepas pandemik Covid-19

"Biarpun hanya empat negara sahaja, namun ia satu perkembangan positif yang boleh disifatkan satu permulaan baik selepas kejohanan ini tidak dapat diadakan disebabkan Covid-19 sebelum ini," katanya.

VBR 2023 kali ini menyaksikan penyertaan lapan IPT luar negara antaranya dari Sri Lanka, Thailand, Indonesia, Vietnam termasuk pasukan Pusat Sukan Tumpuan Malaysia.

Pada masa sama 13 institusi pengajian tinggi tempatan turut menyahut cabaran antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel Berkaitan: