Daim didakwa tidak isytihar harta

Daim yang berkerusi roda, dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dengan ditemani isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi menghadapi pertuduhan kes tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu bank akaun, Disember tahun lalu.
Daim yang berkerusi roda, dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dengan ditemani isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi menghadapi pertuduhan kes tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu bank akaun, Disember tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu bank akaun, Disember tahun lalu.

“Faham, faham, saya tidak bersalah, minta bicara,” kata Daim dalam nada yang perlahan, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Daim, 86, yang memakai kot berwarna hitam, didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang iaitu:

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang iaitu:

Akaun Bank:

Artikel Berkaitan:

1. ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN)

Kenderaan:

1. Mercedes Benz 600 SEL

2. Jaguar XJS HE

3. Mercedes Benz 450SEL

4. Mercedes Benz 450 SLC

5. Rolls Royce 2 Axle Rigid Body

6. Austin Morris Austin

7. Ford Prefect

Syarikat Sdn Bhd/ Berhad:

1. Ibu Kota Developments

2. Maya Seni Holdings

3. Menara Ampang

4. Dream Cruiser

5. Landbelt Corporation

6. Kenari Teliti

7. Fnq Advanced Materials

8. Kota Tandop Development

9. Alun-Alun Resort (M)

10. Dasar Seroja

11. Gigantic Promotions

12. Jupiter Alliance

13. Inayat Realty

14. Suasa Urus

15. Avillion Berhad

16. Meridian Haven

17. Avillion Vista Hotel

18. Vast Access

19. Fortune Valley

20. Reliance E-Com

21. Admiral Marina Berhad

22. Golden Envoy (M)

23. Mela Lifestyle

24. AVI SPA

25. Avillion Hotel Group

26. RPB Capital Holdings

27. Genius Field

28. Festive Place

29. Avillion Suite Hotel (PD)

30. Taman Unik

31. Admiral Cove Development

32. Nesline

33. RPB Development

34. OS Resources

35. Avillion Hotel (Kl)

36. Avillion Hotels International

37. Admiral Hill Hotel

38. Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak)

Hartanah / tanah di bawah syarikat di

1. Seksyen 89, Kuala Lumpur

2. Persiaran Ritchie, Kuala Lumpur

3. Hartanah Jalan Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur

4. Taman Maluri, Kuala Lumpur

5. Rompin House, Bukit Fraser, Pahang

6. Kampung Pandan, Kuala Lumpur

7. Taman Melawati, Kuala Lumpur

8. Desa Kuda Lari, Kuala Lumpur

9. Desa Pahlawan, Kuala Lumpur

10. Socfin House-White Palace Kuala Lumpur

11. Beberapa hak milik di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur

12. Kondominium di Jalan Madge Off Jalan U-Thant, Kuala Lumpur

13. Gohtong Jaya Genting Highlands, Pahang

14. Wangsa Melawati Kuala Lumpur

15. Beberapa hak milik di Jalan Jejaka, Maluri, Kuala Lumpur

16. Beberapa hak milik di Taman Dagang Ampang, Ampang, Selangor

17. Menara Ampang, Selangor

18. Mukim Bujang, Kuala Muda, Kedah

19. Bukit Saujana, Ijok, Selangor

20. Suit di Menara Mutiara Bangsar 8, Kuala Lumpur

21. Avillion Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan

22. Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan

23. Avillion Cameron Highlands, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

24. Kelab Admiral Marina & Leisure, Negeri Sembilan

25. AVI Pangkor Beach Resort, Perak

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin antara RM250,000 hingga RM500,000 dengan seorang penjamin.

“Kami harap tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sekali setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

“Selepas ini, tiada komen dibuat mengenai prosiding berkenaan, kami faham rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk bersuara namun ada had yang perlu dipatuhi,” katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat selepas kes dipertuduhkan akan memprejudiskan kes kelak.

Menurutnya, ia bukanlah suatu perintah larangan atau ‘gag order’ tetapi lebih kepada nasihat daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat ulasan sehingga kes ini selesai.

Sementara itu, peguam, M Puravalen yang mewakili bekas pemimpin UMNO itu berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan keadaan kesihatan Daim.

“Yang Arif boleh lihat sendiri keadaannya, beliau hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda.

“Daim merupakan seorang pesakit buah pinggang malah dia pernah diserang angin ahmar selain sebelah matanya telah dikeluarkan kerana dijangkiti kuman,” kata peguam itu.

Menurutnya, mengenangkan tahap kesihatan itu, beliau membantah, syarat tambahan supaya anak guamnya melaporkan diri ke pejabat SPRM di Putrajaya.

Selain itu, beliau berkata, agak mustahil bagi anak guamnya untuk menggunakan pasport bagi melakukan perjalanan yang jauh.

Selain Puravalen, peguam, Nizamuddin Hamid, N Rajesvaran dan Sachpreetraj Singh turut hadir bagi mewakili bekas ahli politik itu.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM280,000 dengan seorang penjamin, tanpa sebarang syarat tambahan sebagai mana yang dicadangkan pihak pendakwaan.

“Mahkamah mempertimbang keadaan tertuduh yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

“Berkenaan isu komen, saya faham, semua pihak juga sudah cukup matang serta mempunyai pengetahuan mencukupi supaya tidak buat sebarang komen kerana kes telah dipertuduhkan di mahkamah,” katanya.

Justeru, beliau memohon kedua-dua pihak agar tidak membuat komen berhubung kes ini bagi mengelak subjudis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes.