KPKM jadikan Sabah, Sarawak sebagai jelapang padi negara

Mohamad mengendalikan mesin menanam padi di bendang Tok Ajam, Pasir Puteh.
Mohamad mengendalikan mesin menanam padi di bendang Tok Ajam, Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai jelapang padi negara yang kedua pada masa hadapan selepas Kedah, Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasrat itu akan direalisasikan menerusi pelaksanaan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan.

"Insya-ALLAH bulan depan, saya akan bertemu Premier Sarawak bagi membincangkan perkara berkaitan dengan penanaman padi di negeri berkenaan.

"Hasil padi di kedua-dua negeri itu sebenarnya agak tinggi terutama di Sarawak. Sekiranya, kerajaan bergerak seiring dengan Sarawak menerusi cara moden ini, saya yakin hasil yang diperoleh akan tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian SMART SBB Ala Sekinchan KADA di bendang Tok Ajam dekat sini pada Ahad.

Mohamad (depan) merasmikan Majlis Perasmian SMART SBB Ala Sekinchan KADA di bendang Tok Ajam, Pasir Puteh.
Mohamad (depan) merasmikan Majlis Perasmian SMART SBB Ala Sekinchan KADA di bendang Tok Ajam, Pasir Puteh.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sebagaimana di kawasan semenanjung, padi sawah akan turut diperluaskan lagi di Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sebanyak 150,000 hektar sawah padi di negara ini akan diusahakan menggunakan Smart SBB Ala Sekinchan menjelang 2030.

Tambahnya, melalui projek ini hasil pengeluaran padi mampu ditingkatkan kepada tujuh tan setiap satu hektar.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebelum ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi bukit di Sabah dan Sarawak.

"Hal ini kerana padi bukit mempunyai potensi yang besar jika dibangunkan dengan baik dan hasilnya boleh dieksport ke luar negara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!